? ?(38)? ?c?????Tartan Love? ????? ?????? ???Rating: 4.9 (22 Ratings)??252 Grabs Today. 9514 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????The Only? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (28 Ratings)??217 Grabs Today. 22014 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Love Glows!? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (12 Ra CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Jumaat, 15 Mei 2009

pisang!!!

hari ni saya dan kwn2 ( as,yana,yani,tikah,zam dan fizul) di beri tugas utk mengambil anak pokok pisang raja kt rumah pertanian pusat pengajian kami...berpeluh2 kami..bukan senang tau nk amik anak pokok tu..lepas tu,kami kne tanam 8 anak pokok pisang tu kat area depan kafe Bakti..semua org tgk2 kami..pelik sbb kami mencangkul kat kawasan tu pukul 3.30 petang..hehe..ada yg datang temuramah kami..ade yg kata lepas pokok ni berbuah,depa nk mkn sekali..mcm2..ni nk share serba sedikit fakta pasal pisang..selamat membaca!!

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.
Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam.Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus.
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Wah! Hebatnya pisang yang Allah rezekikan kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup semasa mereka beraksi dalam apa-apa pertandingan sukan.
Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa

0 ulasan: