Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Jumaat, 5 Jun 2009
7 sunnah Rasulullah SAW
Selasa, 2 Jun 2009
sahabat...
sahabat...terlalu rindu aku terhadap ungkapan itu..ramai yang mampu menjadi kawan,tapi bukan semua mampu menjadi sahabat..ketika ini,jika kita dapat bertemu dengan seorang sahabat,sangat bertuah la kita.kerana bukan mudah untuk mencari sahabat yang mampu berkongsi suka dan duka serta mengingatkan kita padaNya..jika bertemu dengannya,jagalah sahabat itu..semailah persahabatan tersebut dengan nilai2 suci..bersahabatlah di atas nama Allah..
Sebuah hadis masyhur yang dibawa oleh Iman al-Nawawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang tujuh golongan yang akan dinaungi 'Arasy di akhirat nanti. Antara tujuh golongan itu ialah mereka yang bersahabat kerana Allah..Rasullulah bersabda," Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah,mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah."
persahabatan yang dimaksudkan adalah persahabatan yang tidak dicemari langsung dengan niat yang tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan buruk. semoga kita dikurniakan persahabatan yang sebegini!!
sahabat yang baik adalah sahabat yang bila kita memandang wajahnya,akan mengingatkan kita pada Allah..bukan mudah untuk kita bertemu dengan sahabat yang sedemikian..untuk berjumpa dengan sahabat yang baik,kita perlu menjadi sahabat yang baik juga..moga kita mampu menjadi sahabt yang baik kepada sahabat kita..Rasullulah memberi pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat..
"Ya Allah,kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan lah jua untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari keredhaan-Mu,dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu.Amin Ya Rabbal 'alamin.."
Ahad, 31 Mei 2009
mutiara kata...
Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : "sesungguhnya amal yg mula-mula sekali yg dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang,jika sembahyangnya diterima maka beruntunglah dan berjaya lah dia dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, ALLAH berfirman," periksalah,adakah sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardhunya?" demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.."
Riwayat At-Tarmidzi
Ahad, 17 Mei 2009
dont judge book by its cover
assalamualaikum..
tadi saya dan kawan2 pegi tgk NRIC 09..NRIC ni adalah pertandingan antara universiti di Malaysia yg mempertandingkan projek2 final year student undergraduate..best sgt..byk perkara baru yg dpt kami belajar..selain ilmu fizik,bio,kimia dan teknologi serta lain2 yg kami pelajari,ada satu lagi perkara yg dapat kami belajar hari ni..Dont judge book by its cover..itu adalah peribahasa inggeris yg biasa kita dengar kan..
tujuan saya bercerita kisah ni bkn utk menjatuh kan siapa2..hanya utk pengajaran..
hari ni latihan industri kami di batalkan secara tiba2..so,kira cuti la ni..kami pun pg la khalel dulu..isi perut..kemudian,dtg idea utk pergi NRIC.kami x rancg pun...so kami pun pg la dgn hy berseluar track dan t-shirt..nampak cm bkn bdk U gak la..org pandang pelik gak tp kami buat tak tau je..seronok kami berjalan2 menjelajah..dan tiba kami di satu 'booth'..x payah la ckp U mane..tgh seorg abg ni bg penerangan pd kami,dtg sorg hamba Allah ni,ty kami dr kg mane..tak perlu rs nye menghina org mcm tu..bl kami kata student U,die mcm buat kening double-jerk kat kami..kurang percaya kot..tapi,org pernah kata kn,org baik dgn kite,kite baik la dgn die.tp kalo die buat jengkel dgn kite,sabar dulu..kalo da melampau kite smash ar blk..so,terkene la smash sorg mamat ni tadi..ape masalah nye kami pakai mcm ni..tau la dr bndr..dan tak perlu ty dr kampung mane sbb org kampung skrg pun da pandai2..masuk U.kerja jawatan hebat2..dan tak kan ade bandar kalau tak da kampung..jgn sesekali menilai org dr luaran nya..tak adil..dan kalua bergurau sekali pun,jangan timbul kan isu2 sensitif ni..itu mcm nk membeza taraf antara org kampung dan org bandar..
kami pakai mcm ni sbb kami akn berkebun..tak kan berkebun kene pakai baju kurung atau bertali leher kot..
kesimpulan nya disini, jgn menilai sesorg dari pndgan kasar sahaja..biar la org tu nmpk selekeh..tp kalau ilmu kat dada dan budi pekerti baik,lagi bgs kn dr org yg kemas dan segak,tp adab dgn org zero..tak elok begitu kn..dan belajar la mcm mane nk hormat org lain dan pasti kan anda tak bergurau melampaui batasnya..
terima kasih!!
Jumaat, 15 Mei 2009
pisang!!!
hari ni saya dan kwn2 ( as,yana,yani,tikah,zam dan fizul) di beri tugas utk mengambil anak pokok pisang raja kt rumah pertanian pusat pengajian kami...berpeluh2 kami..bukan senang tau nk amik anak pokok tu..lepas tu,kami kne tanam 8 anak pokok pisang tu kat area depan kafe Bakti..semua org tgk2 kami..pelik sbb kami mencangkul kat kawasan tu pukul 3.30 petang..hehe..ada yg datang temuramah kami..ade yg kata lepas pokok ni berbuah,depa nk mkn sekali..mcm2..ni nk share serba sedikit fakta pasal pisang..selamat membaca!!
Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.
Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam.Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus.
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Wah! Hebatnya pisang yang Allah rezekikan kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup semasa mereka beraksi dalam apa-apa pertandingan sukan.
Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa
Khamis, 14 Mei 2009
Allah Maha Adil
pernah tak peristiwa macam ni berlaku pada awak? Awak cuma ada RM50 je dalam poket ni untuk belanja seminggu..dalam bank da takde..tiba2 kawan awak datang nk minta tolong..Dia nk pinjam duit RM 25..nak beli tiket balik kampung sbb mak die sakit..awak x sampai hati nk menolak..awk bg la pinjam..walaupun dalam hati ni berkata2..'nanti nak makan ape ni?kelaparan la aku..' tapi jauh di sudut hati ada satu suara yang berkata " tak pe la..pinjamkan lah..kau bantu kawan tu,Allah akan bantu kau.rezeki tu Dia yang menentukan.." 2 hari berlalu..duit dalam purse tinggal RM10 je..huhu..sabar2..puasa la,kata hati..kemudian,awak dapat panggilan..kring..kring.."assalamualaikum,aida..Mak lang ni..kamu ade kt USM tu?Mak lang nk singgah jap..ni on the way ke kedah ni.saje nak jengguk2 kamu.."
Mak Lang pun singgah..sebelum meneruskan perjalanan ke kedah,Mak Lang menghulurkan RM50..buat belanja katanya..Alhamdullillah..dapat RM50 dan makan free lagi hari tu..hehehe..
kesimpulan dr 'short story' ni,Allah tu Maha Adil..Dia akan membalas setiap kebaikan yg kita lakukan tu dgn sebaik2 mungkin..sabar dan ikhlaskan hati apabila memberi pertolongan. dan balasan yang Dia berikan mungkin sama atau tidak dari apa yang kita keluarkan dan mungkin cepat dan mungkin lambat.Contohnya,kita bantu kawan kita dgn duit,Allah mungkin akn bagi ganjaran dalam bentuk duit dan mungkin juga kejayaan dalam exam dan sebagainya. bersangka baiklah pada Nya..
Bila kita bg duit kan org lain,secara logik nya kita akan berkata duit kita berkurangan..tapi bagi Allah,duit kita tak berkurang malah semakin bertambah kalau hati kita ikhlas membantu...perhatikan firmanNya:
"...Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai,tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji,Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakiNYA.."Al-Baqarah,261