Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Jumaat, 5 Jun 2009
7 sunnah Rasulullah SAW
Selasa, 2 Jun 2009
sahabat...
sahabat...terlalu rindu aku terhadap ungkapan itu..ramai yang mampu menjadi kawan,tapi bukan semua mampu menjadi sahabat..ketika ini,jika kita dapat bertemu dengan seorang sahabat,sangat bertuah la kita.kerana bukan mudah untuk mencari sahabat yang mampu berkongsi suka dan duka serta mengingatkan kita padaNya..jika bertemu dengannya,jagalah sahabat itu..semailah persahabatan tersebut dengan nilai2 suci..bersahabatlah di atas nama Allah..
Sebuah hadis masyhur yang dibawa oleh Iman al-Nawawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang tujuh golongan yang akan dinaungi 'Arasy di akhirat nanti. Antara tujuh golongan itu ialah mereka yang bersahabat kerana Allah..Rasullulah bersabda," Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah,mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah."
persahabatan yang dimaksudkan adalah persahabatan yang tidak dicemari langsung dengan niat yang tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan buruk. semoga kita dikurniakan persahabatan yang sebegini!!
sahabat yang baik adalah sahabat yang bila kita memandang wajahnya,akan mengingatkan kita pada Allah..bukan mudah untuk kita bertemu dengan sahabat yang sedemikian..untuk berjumpa dengan sahabat yang baik,kita perlu menjadi sahabat yang baik juga..moga kita mampu menjadi sahabt yang baik kepada sahabat kita..Rasullulah memberi pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat..
"Ya Allah,kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan lah jua untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari keredhaan-Mu,dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu.Amin Ya Rabbal 'alamin.."